GA dari Purpleshades baru je tamat.
So sekarang kita tunggu dan lihat the winner of this GA ok.
-----------------------------------------------------------
My first giveaway dari Purple Shades, mari sertai nya...begitu mudah, sila layari http://purpleshadesme.blogspot.com
tarikh tutupnya pada 27/01/2011
CEPAT KEPADA SEMUA YANG MEMINATI SENIREKA FELT SEBELUM TERLAMBAT
hadiah yang begitu hebat menanti anda
Salam kepada semua blogger diluar sana, terutama sekali kepada purple shades yang menjadi penganjur dan hakim untuk giveaway ini. Sesuai dengan tajuknya.....
~ MY FIRST GIVEAWAY~
~KENAPA SAYA SUKA BUAT FELT CRAFT....?~
Untuk makluman purple shades dan semua, buat pertama kalinya ini lah giveaway pertama yang saya sertai. Saya suka warna. Warna begitu indah sekali bagi saya dan semua. Ia macam satu kehidupan buat saya. Apabila saya terpandang kain felt, terutama warna-warnanya..... ia membuatkan perasaan saya begitu membuak-buak, berdebar-debar, gembira, resah semuanya bercampur aduk.
Saya bermula mempelajari senireka felt apabila saya melangkah masuk disalah sebuah kedai yang menjual pelbagai barangan kraftangan dan cenderahati dipasaraya berdekatan rumah saya. Barangan pertama yang saya pegang sudah tentu kit d.i.y felt dari korea.
Saya mula melayari internet, ternyata banyak diluar sana yang begitu kreatif dalam senireka felt ini. Dari idea kepada melakar, mencari bahan, mula menjahit felt dan akhirnya menjadi satu objek yang kita mahukan....apakah perasaan anda? Sudah tentulah gembira tak terkata. Bila dah leka menjahit felt, hinggakan kita tak sedar yang masa amat mencemburui kita......
Kenapa saya suka buat felt craft? jawapannya... tepuk dada, tanyalah selera...
Dan sejak dari dan detik itu, bermula la... kee-iigifts.blogspot.com hinggalah kehari ini...
Inilah felt craft pertama yang telah saya jahit, dan telah dibeli oleh seorang rakan di fb. Untuk semua blogger diluar sana yang meminati senireka felt ni, mari bersama luangkan masa yang ada untuk sertai My First Giveaway dari Purple Shades, cara sertainya sila layari blog http://www.purpleshadesme.blogspot.com/ dan tarikh tutupnya ialah pada 27/01/2011. CEPAT SEBELUM TERLAMBAT |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan